Aug 15, 2015


1 OREO = 1200 JUMPING JACKS 
70 CALORIES = MORE OR LESS 15MINUTES OF JUMPING JACKS 

ohmoo ! cara nak hilangkan 1 oreo dalam badan kita ni kena lompat bintang 1200 ???
aku ni naik turun tangga jalan nak pergi kelas yang dekat macam nak pergi dapur rumah kita pun dah tak larat ni kan nak jumping jacks 1200???!
ni baru 1 oreo , buatnya rasa nak makan satu packet oreo tuu ??
buatnya dalam tu ada 24 keping kali dengan 1200 jumping jack mahu tidak kena lompat 28,800 lompatan ?
susahhnyalah cara nak kuruskan badan ni . badan aku tak gemuk hoho cuma aku nak dia fit je . sedap dipeluk luls .
fikir fikir punya fikir , ni baru kita tengok oreo je . buatnya kita tengok makanan lain ? burger , ikan bakar , keropok lekor , icecream , ayam KFC , nasi ayam , char ketiaw , toblerone , maggie cup , cadbury , nasi minyak , haihhh sampai esok tak habis post sembang fasal makanan ni . 
the point is , korang lena tahu , sehari berapa kalori perlu ambil untuk wanita mahupun lelaki . jangan main bedal je wehh ! tapi I feel when someone tu nak makan dia tu sampai tak ingat dunia sampai tiada esok hahah ..  memahami . aku pun pernah macam tu . and lepas dah makan , workout dia kena lebih sikit , jaga makan sikit , then back to normal balik berat aku hihihi 
ni haa aku sertakan apa yang selalu aku amalkan . nak join jum ! taknak , sudah . tiada paksaan .






semua perkara diatas aku pernah buat and masih berjalan till now . memang lah nampak yang aku ni nak shape cantik wtv tapi bila once kita buat semua ni . Rasa ringan je badan ni haa . benda yang aku cari ni semua kau boleh tanya abang sado goog-le tu je senang . dia expert bab bab ni sbb dy pun sado hoho . 
aku pernah jugak try diet aktins tu tau . memang at first payah gile . badan rasa lesu sebab tak dapat nasi kann hahaha then rasa perut ni kosong sangatt tapi memang betul turun berat aku . tapi once berhenti , naik dia macam naik harga duit Malaysia ni haaa hahaha k . So aku nasihatkan korang yang beginner mcm aku ni , korang amalkan diet sihat , bukan diet tak makan tahan lapar . diet tu sebenarnya MAKAN SECARA SIHAT . diet BUKAN bermaksud JANGAN MAKAN . jadi makan je apa korang nak , tapi berpada dan jangan lupa workout sikit . jangan dok baca blog instagram aku je ni haa hoho . korang nak baca blog sambil workout pun boleh okay . sebab indoor workout pun takpe. janji keluar peluh . 
supplement ? em . entahhlahh wehh . aku tak suggest kan apa apa product . kalau kau rasa okay product tu , try laa . belum cuba belum tahu kan ? heh . kalau tak okay , padan muka kau muahahaha . kalau kita nak badan kita cantik jaga makan jaga kesihatan . tu je . makan berpada . makan baca bismillah . berhenti sebelum kenyang . korang kena tahu yang permakanan tu 70% senaman 30% je . jadi bukan bermakna kena workout lebih then tak payah makan . salah tu . makan ken makan . workout seminggu dua kali pun ok dah . 
next , korang boleh okay makan banyak kali sehari tapi semua tu kuantiti yang sikit . aku pernah dengar dulu , otak kita ni tak dapat bezakan lapar dan dahaga . jadi kalau korang rasa nak makan tu cuba minum air je dulu . air mohon air masak yee sebab air mineral 0 calories . ok , minum air mineral dulu then tengok kalau kenyang maksdu sebenarnya korang dahaga bukan lapar . if dah minum air satu baldi pun still lapar , maksudnya korang memang lapar . then korang may eat but within small portion okayyy .
then tips aku lagi , if makan tu , buat buat lah fikir 3 4 kali nak makan . jangan main nampak sedap then terus nak makan . so wrong . pahe dok ?

so senang cerita macam ni . ikut benda ni :

*nawaitu kena betul
*kira kalori perlu ambil sehari
*diet bermaksud makan
*70% permakanan , 30% workout
*banyakkan minum air
*workout seminggu dua kali sekurangnya
*berfikir sebelum makan

ingat je benda ni , ikut , selamat . tak ikut takpe pun , hiduplah dengan lemak hahahah


FYI , french fries ada 610 calories dalam tu okay .  so fikir fikirkan lah . hah